Pas.

KENAPA PH MENANG PADA PRU14?
KENAPA PAS PUTUS DENGAN DAP?
KENAPA PENGKIANAT TUBUH PAN?
KENAPA KERAJAAN PH TUMBANG?

PKR! HANYA TAHU PUJA ANWAR!
PAN! HANYA PARTI SURUHAN DAP!
DAP! SEKULAR WAJIB DITENTANG!
PPBM! AHLI UMNO AMAT MARAH!
UMNO! SIAPA YG KOTORKANNYA?
PAS UMNO BERSATU DLM MN,PN.

Kenapa Kerajaan PH menang PRU14? Pengundi termasuk para pelajar yang dok dibandar mahupun di kampong mengaku telah tertipu, terpedaya dengan janji dusta pilihanraya, beri pendidikan percuma hingga ke Universiti, hapuskan hutang PTPTN, hapuskan TOL, hapuskan hutang peneroka Felda, turunkan harga minyak, tutup kilang arak dan bermacam macam lagi. Mereka juga mengaku termakan hasutan fitnah kes 1MDB untuk menjatuhkan UMNO dan fitnah PAS terima duit Rm90juta.

KENAPA PAS PUTUS DENGAN DAP?

PAS pernah bekerjasama dengan DAP atas tujuan asalnya untuk menentang kezaliman dan korupsi yang boleh menghancurkan negara. Apabila DAP secara jelas dan terang terang memusuhi Islam menerusi politikal, inginkan kebebasan beragama, ingin sama ratakan agama. Atas sebab penentangan DAP terhadap Islam, demi menjaga akidah, tanpa kompromi, PAS mengambil keputusan putus hubungan langsung dengan DAP.

KENAPA PENGKIANAT TUBUH PAN?

PAS putus hubungan dengan DAP. Ahli Parlimen yang tidak bersetuju, keluar dari PAS, tubuh parti baru iaitu PAN. Pengkianat pengkianat parti ini mendakwa PAS akan rugi kerana tanpa DAP, PAS tidak akan mampu menawan PutraJaya. Khalid Samad tegaskan: “Bila seseorang lompat parti, bawa sekali dengan kerusi Parlimen, itu adalah satu Pengkianatan”.

Memang benar, PH menang dan menjadi kerajaan 22bulan. Siapa sangka, selepas itu PAS pula jadi sebahagian dari Kerajaan. Dok bergantung sangat dengan DAP sehingga tidak percaya, tidak yakin pada Ketentuan Allah disebut dalam Al-Quran: “Allah yang memberi kuasa pemerintahan kepada siapa yang Dia suka dan mencabut kuasa pemerintahan daripada siapa yg Dia suka”.

KENAPA KERAJAAN PH TUMBANG?

Kerajaan PH yang tertegak diatas fitnah dan janji dusta pilihanraya, diakhir episodnya tersungkur, jatuh ditangan sendiri angkara perebutan kuasa sesama mereka. Tun Mahathir terpaksa meletak jawatan kerana tidak mahu Anwar menjadi PM. Ingatkan dapat bertahan sepenggal, tetapi cuma 22 bulan sahaja. Sendiri tumbangkan kerajaan sendiri. Inilah yang dipanggil “Fitnah makan tuan”. Mujahid buat pengakuan, kerajaan PH dijatuhkan oleh Tun Mahathir sendiri. Sebelum ini dok jaja auta kononnya PN kerajaan tebuk ataplah, kerajaan ikut pintu bekakanglah. Sebenarnya siapa yang suka main ikut pintu belakang?.

PKR? HANYA TAHU PUJA ANWAR!

Penyokong penyokong Anwar ketika bersama dalam ABIM, turut sama menentang UMNO. Anwar masuk UMNO, mereka pun sokong UMNO. Anwar ditendang dari UMNO, tubuh PKR, mereka ikut Anwar kembali menentang UMNO. Anwar puji PAS ketika dalam PR mereka turut puji PAS. Anwar bekerjasama dengan DAP, memusuhi PAS, mereka pun turut ikut memusuhi PAS.

Semua ini kerana apa? Pak turut pak turut ini terlalu taksub dengan Anwar. Sebab itu kalau Anwar baca Al-Quran mereka tepuk tangan dan bila Anwar berjoget, menari gelekpun mereka akan tepuk tangan juga. Ini yang dipanggil “Taksub membuta tuli” hanya tahu memuja orang yang bernama Anwar Ibrahim sahaja.

Peguam bela Anwar sendiri, Karpal Singh menyatakan kejadian Liwat berlaku atas kapasiti suka sama suka dan Datuk Gopal Sri Ram dakwa kesalahan bersama atas alasan Saiful rela diLiwat oleh Anwar. Walau begitu sekalipun, para pentaksub tetap menyebelahi Anwar, tetap mahu mengangkat Anwar (agar tidak kempunan) untuk jadi Perdana Menteri. Malahan Tun Mahathir pernah berkata: Peliwat tidak layak menjadi Perdana Menteri. Nasehat untuk Anwar: Berhentilah mengharap tatkala kuasa sudah berpindah tangan.

PAN? HANYA PARTI SURUHAN DAP.

PAN belum ada kekuatan sendiri, maseh tercari-cari rentak, maseh tidak jumpa pentas untuk dibuat tapak bagi arena politiknya dan peranannya jelas tidak menonjol hanya sekadar duduk menumpang berteduh dibawah ketiak PKR dan bergantung harap dari belas ehsan DAP.

PAN jelas kelihatan, boleh dikata hampir “zero” jentera kerja pilihanraya hanya bergantung harap pada kekuatan jenteta parti PKR dan DAP sahaja. Nak berjuang, berperang macamana kalau (contoh dalam Tentera) Panglima lebih ramai dari askar biasa!

Presiden PAN Mat Sabu pernah berkata Tun Mahathir sebagai “Bapak Pelingkup Negara”, “Kepala Perompak Negara” dan akan mendakwanya jika berjaya tawan Putra Jaya. Presiden yang tiada mempunyai pendirian. Pada PRU14, mereka sanggup pula bersetongkol bersama dan bila menang, “Bapak Pelingkup Negara” itulah yang disanjung, diangkat dan dijulang menjadi Perdana Menteri.

DAP? SEKULAR, WAJIB DITENTANG.

DAP secara jelas dan terang terang memusuhi Islam menerusi politikal, inginkan kebebasan beragama, kebebasan untuk keluar dari agama, ingin sama ratakan semua agama. Ini merupakan suatu penentangan terhadap Islam. Demi menjaga aqidah, wajib kita menjauhi puak-puak kafir perlampau seperti ini.
Adakah kita mahu melihat Negara kita jatuh dan dikuasai oleh puak sekular DAP?

DAP adalah parti sekular walau apa sekalipun Ideologi nya, mereka tidak akan berlaku adil jauh sekali amanah kerana agama bukan panduan mereka dan mereka mengikut hawa nafsu semata-mata. Mereka berusaha sedaya upaya menarik perhatian rakyat hanya sebagai pemanis mulut semata mata untuk mendapat kuasa. Bila berkuasa mereka hanya mengikut nafsu tanpa perkiraan ada dosa dan pahala.

Masih segar dalam ingatan. Lim Guan Eng (DAP) terlibat dalam tuduhan rasuah, kes sedang dibicarakan, hampir 30 saksi dipanggil. Bila PH menang PRU14, tiba-tiba kes tersebut digugurkan? Nampak tak? Baru sahaja menang, dapat kuasa, DAP terus tunjukkan taring kekuasaannya.

Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman turut menyatakan DAP tergolong dalam kalangan kafir harbi, wajib ditentang oleh umat Islam. Hukum bekerjasama dgn DAP adalah HARAM dan berdosa besar.

PPBM! AHLI UMNO AMAT MARAH?

Ahli ahli UMNO tersangatlah marah pada PPBM (Bersatu) samalah sepertimana marahnya ahli PAS kepada PAN. Walaupun begitu,
ahli PAS boleh menerima PAN kembali jika mereka sanggup tinggalkan DAP dan Anwar Ibrahim. Agak mustahil PAN yang dibidani DAP akan meninggalkan bidan yang juga merupakan ibu susuan mereka.

UMNO, SIAPA YG KOTORKANNYA?

Tun Mahathir mengotorkan UMNO. Dari awal tahun 80an, telah mengajar budaya politik wang, subur hingga kini. Itu sebab walaupun pemimpin didakwa di mahkamah, masih ada penyokong yang tetap membelanya, masih mahu pemimpinnya itu menjadi Perdana Menteri. Sebab itulah pemimpin ini maseh boleh tersenyum sampai ke telinga!. Pemimpin ini pulak dah takda tau rasa malu. Berpuluh puluh kes atas kepala, pun masih ada cita cita untuk jadi Perdana Menteri.

Demi parti, biarlah kita berkata yang pahit, asalkan benar. Utamakan parti. Pemimin boleh datang dan pergi. Pemimpin yang ada kes mahkamah, perlu berundur dari politik. Siapa yang didapati bersalah, jatuhkan sahaja hukuman. Tamat dan padamkan sejarahnya.

Rakyat sebenarnya mahu melihat sesebuah parti yang bersih dan menyakinkan. Rakyat tidak mahu sebuah kerajaan yang dilihat cuba berusaha menyelindungi para pemimpinnya yang terpalit dengan isu rasuah, berbelanja mewah diluar batasan dan kemampuan. Adakah ini gambaran yang hendak ditunjukkan dan cara pentadbiran sesebuah parti kerajaan?

PAS UMNO BERSATU DLM MN,PN.

PAS UMNO Bersatu semata mata adalah bertujuan untuk menyatukan Ummah dengan Islam. Ingin melihat umat Islam bersatu berhadapan dengan PH yang didominasi DAP kerana tidak mahu melihat Negara dikuasai dan jatuh kepada puak liberial bertuankan DAP. Gabungan ini dapat menghalang rakusnya DAP (yang terbukti bila dapat kuasa) dan juga menahan ghairahnya Anwar Ibrahim (yang tidak layak) tetapi tetap tergila gila bayang nak jadi Perdana Menteri.

PAS sebelum ini menentang UMNO. Tuan Guru Nik Aziz pernah berkata ia sanggup bubar PAS dan bergabung bersama UMNO memperjuangkan Islam, jika UMNO benar benar mahu ikut landasan Islam. UMNO telah menerima Islam sebagai dasar perjuangan dan meletakkannya dalam Perlembagaan mereka.

Bila gabungan PAS UMNO Bersatu, membuatkan PH merasa terancam dan sedar, PRU15 pasti akan kecundang. Malah telah terbukti sebelum ini pada Pilihan Raya Kecil (PRK) PH telah kalah teruk, tujuh kali deret, sampai lengit, pulak tu masa PH jadi kerajaan. Mereka begitu amat tertekan, sebab itulah mereka sedaya upaya cuba melaga lagakan ahli ahli PAS dengan pimpinan walaupun mereka sedar ahli-ahli PAS begitu Wala’ pada pucuk pimpinan. Mereka kelihatan berusaha bersungguh sungguh menggunakan apa cara sekalipun untuk memecah belahkan kerjasama antara PAS dan UMNO. Itu sahaja modal dan tali hayat mereka yang ada.

PAS menjadi jambatan untuk menyatukan Ummah bagi menjaga kepentingan agama, rakyat dan Negara. PAS bertekad memperkasakan Muafakat Nasional (MN) disamping itu berusaha mempertahankan Perikatan Nasional (PN) demi menyatukan Ummah dengan Islam.

Advertisement

Leave a Comment

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s